Welcome to our world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
EIMAN | Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Sahabat.
Saturday, December 15, 2012 | 1:16 AM | 0 comments
Assalamualaikum

Hi. Tajuk ringkas je harini. Just post biasa tapi boleh jadi RUAR BINASA kalau tak dititiberatkan. Ya, seperti yang kita tahu. Sahabat itu biasa di sinonimkan dengan manusia. Secara logik akal fikirannya, manusia memerlukan sahabat yakni seseorang untuk dijadikan teman bicara, teman buah fikiran atau ada juga jadikan sebagai teman kongsi. mungkin untuk meluahkan perasaan dan berkongsi idea. Atau boleh jadi, kongsi makanan sekiranya kita tidak habis. Whoopss !

Jenis Persahabatan
Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan. 
Banyakkan jenis kawan ni ? Bukan je yang macam kita selalu dengar... BEST FRIEND FOREVER AFTER. BFFA lah konon. Kan ? Haduh, zaman sekarang tak semua kawan tu kita boleh percaya... Lebih-lebih lagi bagi dia istilah SAHABAT. 

Selain Manusia
Percaya atau tidak, manusia mempunyai sahabat bukan hanya sesama manusia. Tapi taklah dia sahabat dengan jin ke hantu... Normally kita lihat ramai bersahabat dengan haiwan. Ini kerana, persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

Maka, itu sebaiknya kita menjaga hubungan sesama sahabat kita. Kerana selain ianya untuk diri mereka, ia juga untuk kita sebagai tempat kongsi cerita atau apa sahaja untuk gembira. Selagi muda, nikmatilah hidup :>

-M.D-